BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS


♥♥♥ mY haPpine$$ i$ mY owN LiFe, iF u d0n'T LikE iT ju$t LivE uR LiFe aNd LeaVe mE aLonE...mE wiLL bE 0weZ mE, n0t u bUt ju$t mE.. LuRvE mYLifE, haPpine$$ i$ miNe !! ♥♥♥





Friday, June 4, 2010

Re$ePi kEk keJayAaN...

Bahan :
 250gm daya usaha
 100gm keimanan
 190gm keinsafan
 150gm pengorbanan
 100gm kesabaran
 8 sudu rasa tanggungjawab
 200gm senyum secukup rasa
 150gm campuran akhlak mulia (boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)
 3 biji semangat



Cara-cara membuatnya :
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit. Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu, campurkan keimanan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah di bungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyuman yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.


p/s :
Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia daripada airmata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar untuk di buat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakannya dengan baik.



.... ^_^ ....
<3 bByChiCky <3